Balai Cerap Telok Kemang dinaik taraf, kembali dibuka Oktober - Utusan Malaysia

Balai Cerap Telok Kemang dinaik taraf, kembali dibuka Oktober

BALAI Cerap Telok Kemang, Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson yang kini dalam proses dinaik taraf-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pusat tumpuan pengkaji ilmu falak di negara ini, Balai Cerap Telok Kemang, Kompleks Baitul Hilal di sini sedang dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober nanti.

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, apabila kerja-kerja termasuk baik pulih dan penyelenggaraan itu siap kelak, kompleks berkenaan bakal menawarkan pelbagai tarikan berkaitan ilmu astronomi.

“Pihak MAINS dalam proses perbincangan dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan institusi sains seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara serta Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka.

“Pengubahsuaian balai cerap ini sudah tentu tujuannya bagi menarik pengunjung ke sini sekali gus memberi ilmu berkaitan astronomi kepada mereka,” katanya selepas Majlis Previu Bufet Ramadan Hotel Klana Beach Resort Port Dickson di sini semalam.

Menurut beliau, selain naik taraf, turut dalam perancangan adalah kerjasama bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Mus­zaphar Shukor Sheikh Mus­tapha bagi mewujudkan beberapa segmen pameran.

“Beberapa segmen yang dirancang iaitu aeroangkasa, falak syarie dengan penerapan teknologi terkini berkaitan segmen berkenaan. Ia bakal menarik minat masyarakat terhadap sains angkasa khususnya golongan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, bersempena bulan Ramadan kelak, pihak Klana Beach Resort Port Dickson bakal menawarkan bufet bertemakan ‘Tarbus’ dengan harga RM68 bagi seorang dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak dan warga emas.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya