PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara mengkaji cadangan mewujudkan badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua aduan, tuduhan dan salah laku membabitkan semua agensi penguatkuasaan. Perdana Menteri berkata, mekanisme tersebut bagi memastikan agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam kes salah laku tidak menyiasat sendiri secara dalaman mana-mana kes atau aduan diterima membabitkan pegawai atau anggota mereka. Menurut beliau, semua badan tersebut akan menyiasat semua agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya telah minta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya