PETALING JAYA: Bekas pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri masih menjalani hukuman di Penjara Kajang sebagai banduan akhir. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, sumber berkata, Azilah, 45, menunggu hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan pada 2020 menolak permohonannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. “Dia kini menjadi banduan akhir di Penjara Kajang sementara menunggu pelaksanaan hukuman gantung. Walaupun kerajaan dalam usaha memansuhkan hukuman mati mandatori yang bakal digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun, namun difahamkan ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya