Anggota APM parah, ambulans dipandu terbabas

Anggota APM parah, ambulans dipandu terbabas

310323-Klt-Ambulans Kemalangan-Done Online KEADAAN ambulans selepas terbabit dalam kemalangan dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang cedera parah selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang, mangsa Anuar Shamsudin, 39, mengalami kecederaan parah di kepala sementara penumpang hadapan yang merupakan seorang doktor Hospital Gua Musang, Dr. Al-Farouq Azmi Nazmi, 28, patah tangan kiri, jari kiri dan luka di muka.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang merupakan jururawat, Nur Hafini Hanis Hasbullah, 36, hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati ambulans terbabit dalam perjalanan dari arah Hospital Kuala Krai menghala ke Hospital Gua Musang selepas menghantar pesakit.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian ambulans terbabit cuba mengelak ke kiri jalan apabila sebuah trak pikup jenis Mitsubishi Triton memasuki laluan kenderaan itu semasa mengambil selekoh.

“Ekoran itu tayar ambulans tersebut telah terjatuh ke bahu jalan menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.

“Pelanggaran berkenaan menyebabkan pemandu ambulans dan seorang doktor tersepit di dalam kenderaan dan dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Choon Foo memberitahu, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut dan polis sedang mengesan Mitsubishi Triton tersebut bagi membantu siasatan.

“Orang ramai boleh tampil menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang atau boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya