80 golongan kurang berkemampuan terima sumbangan Ramadan syarikat Jaya Depan - Utusan Malaysia

80 golongan kurang berkemampuan terima sumbangan Ramadan syarikat Jaya Depan

JASON Tee (dua dari kanan) diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan barang keperluan harian sumbangan syarikat perumahan Jaya Depan Sdn. Bhd. Di Kampung Berchang di Lipis, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seramai 80 golongan kurang berkemampuan termasuk warga emas menerima sumbangan Ramadan berupa barangan keperluan harian daripada syarikat hartanah dan perumahan, Pembinaan Jaya Depan Sdn. Bhd. di Kampung Berchang di sini hari ini.

Turut menerima sumbangan golongan kurang berkemampuan dari Kampung Selindang dan Kampung Tembeling dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di sini menerima barang keperluan harian untuk tempoh selama seminggu.

Sumbangan merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat itu yang disempurnakan penyampaiannya oleh Pengarah Urusan Jaya Depan, Jason Tee.

Penduduk Kampung Tembeling, Mokhar Sulaiman, 62, berkata, dia bersyukur ke hadrat Allah SWT dan gembira menerima barang keperluan dapur menjelang Ramadan tidak lama lagi.

“Saya bersyukur apabila dipanggil menerima sumbangan ini dan dapatlah menyediakan juadah berbuka puasa lantaran saya yang kerap uzur tanpa mempunyai pendapatan tetap kerana tidak mampu bekerja lagi,” katanya di sini hari ini.

Mokhar yang tinggal bersendirian di rumah pusaka kampung tersebut berterima kasih kepada Pengarah Urusan syarikat itu yang cukup cakna dengan golongan yang kurang mampu berasaskan nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu, Jason Tee menjelaskan, sememangnya menjadi hasrat syarikat itu yang banyak melaksanakan projek perumahan berkonsepkan patuh syariah di Lipis dan Pahang Barat melunaskan tanggungjawab kebajikan membantu golongan susah.

“Rezeki kami (syarikat) terima daripada hasil perniagaan lebihan keuntungan sewajarnya dikongsi kepada penduduk yang memerlukan lebih lagi mereka akan menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Ujarnya, di samping aktif dengan promosi jualan rumah di daerah ini, syarikat itu juga menjalankan tanggungjawab CSR kepada penduduk tanpa mengira kaum dan agama supaya kehidupan lebih ceria dan sejahtera berasaskan slogan masyarakat madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya