[DUN] 7,736 hilang kerja di Johor sejak awal tahun ini - Utusan Malaysia

[DUN] 7,736 hilang kerja di Johor sejak awal tahun ini

MOHD. HAIRI MAD SHAH menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai 7,736 penduduk negeri ini kehilangan pekerjaan sejak 1 Januari hingga 3 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 202 individu yang kehilangan pekerjaan melindungi golongan muda berusia antara 15 hingga 30 tahun.

“Sehubungan itu, kerajaan menerusi Perkeso telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa agensi menerusi penubuhan Pusat Satelit MYFutureJobs bertujuan membantu golongan pencari kerja di kawasan pinggir bandar dan kampung mendapatkan perkhidmatan penempatan pekerjaan. 

“Hingga kini, terdapat 21 buah Pusat Satelit MYFutureJobs di negeri Johor seperti di Pusat Komuniti Desa (PKD) Tanjung Sedili, PKD Air Merah, PKD Melayu Nyior dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Semangar Dalam.

“Seterusnya, Unit Strategik Modal Insan Johor sedang menjalankan kajian bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkenaan penawaran dan permintaan guna tenaga di negeri Johor serta penubuhan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor sebagai platform perkongsian dan pengumpulan maklumat berkaitan skop pekerjaan, kemahiran dan peluang industri dengan menghimpunkan agensi-agensi berkaitan pembangunan modal insan dan pemain industri.

“Dengan penubuhan jawatankuasa ini, strategi baharu dapat dirangka dalam membantu institut TVET melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi mengikut kepakaran berbeza, sekali gus mengisi peluang pekerjaan hasil pelaburan yang diterima negeri Johor,” katanya dalam sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin turut memberitahu, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi di bawahnya komited untuk menyelesaikan masalah pengangguran di negeri ini, antaranya Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor menerusi  program Latihan Kemahiran Johor (PRO-MAHIR) yang bertujuan menyediakan tenaga kerja kompeten seiring dengan permintaan industri selain membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Johor. 

“Sepanjang tahun ini, sebanyak 15 kursus telah dipilih berdasarkan kajian dan perkongsian data yang dibuat Unit SMI dengan kursus ini akan membantu memenuhi kriteria industri yang memerlukan tenaga kerja kompeten bagi memacu Johor untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya