160 penguat kuasa, pemantau harga KPDN periksa harga makanan di bazar Ramadan Kelantan

160 penguat kuasa, pemantau harga KPDN periksa harga makanan di bazar Ramadan Kelantan

AZMAN Ismail (kiri) sedang melihat koleksi pakaian raya yang dijual pada harga rendah pada Majlis Pelancaran Klasik Riang Raya di Mydin Mall, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan menggerakan 160 orang pengkuat kuasa serta pemantau harga untuk memeriksa harga jualan makanan di bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pemantauan menerusi Op Terjah itu akan dilakukan secara menyeluruh di semua bazar Ramadan yang beroperasi di negeri ini.

“Selain bazar Ramadan, Op Terjah ini turut memberikan tumpuan kepada premis kedai makan, pasar basah dan pasar raya untuk melihat adakah mereka patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Biasanya kita bertindak berdasarkan aduan yang diterima berkaitan harga barang yang dijual dengan harga yang tidak munasabah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Klasik Riang Raya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, walaupun kementerian tidak boleh menentukan harga barangan yang dijual di bazar Ramadan namun sekiranya wujud unsur pengambilan untung secara berlebihan, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Katanya, tindakan ini bertujuan mengelakkan peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati.

“Tahun lalu, terdapat beberapa gerai di bazar Ramadan yang didapati menjual juadah dengan harga melebihi 50 peratus daripada harga bahan mentah.

“Untuk kali pertama, kita akan mengambil tindakan secara berhemah dengan menasihati terlebih dahulu dan sekiranya mereka (peniaga) masih ingkar, notis akan dikeluarkan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya