10% makanan dibuang masih boleh dimakan - Utusan Malaysia

10% makanan dibuang masih boleh dimakan

MOHD. NORLISAM MOHD. NORDIN (kanan) bersama wakil Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohammad Salmin Mohamad (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penghuni Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Arabiah, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan jumlah makanan dibuang oleh rakyat negara ini masih boleh digunakan atau dimakan semula. 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd., Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, masyarakat perlu lebih peka tentang lebihan dan sisa makanan yang masih boleh digunakan. 

Antara kaedah yang berguna adalah bersedekah atau berkongsi makanan yang berlebihan selain menyimpan makanan dengan bijak untuk mengelakkan kerosakan. 

“SWM sentiasa memberikan galakan kepada orang ramai untuk mengamalkan kaedah kitar semula bagi memberi kesedaran tentang amalan pengurusan sisa pepejal yang berhemah menerusi amalan Pengasingan Sisa di Punca dan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). 

“Malah program KITARecycle diperhebatkan lagi sepanjang bulan Ramadan ini bagi mengelakkan pembaziran makanan berlaku,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penghuni Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Arabiah, di sini hari ini. 

Pada majlis itu,  SWM Environment menerusi inisiatif anggungjawab sosial korporatnya, SWM Kasih Santun Ramadan memberi sumbangan barangan keperluan kendiri kepada 50 penghuni madrasah tersebut.

SWM Kasih Santun Ramadan merupakan program tahunan yang memberi fokus dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, terutamanya semasa menyambut bulan Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya