TAMPIN: Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Zahari Md Afandi,49, meninggal dunia tengah hari tadi difahamkan akibat komplikasi selepas pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height (Senawang) di Seremban kira-kira pukul 8.21 malam tadi.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Zahari.
“Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini dan roh Allahyarham diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di media sosialnya malam ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.-UTUSAN.