Warga emas cedera tangan tersangkut dalam mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Warga emas cedera tangan tersangkut dalam mangkuk tandas

PASUKAN bomba berusaha membantu mengeluarkan tangan warga emas yang tersekat dalam lubang tandas di Taman Sri Layang, Mentakab di Temerloh, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tangan kanannya terlekat dalam mangkuk tandas dalam kejadian kira-kira pukul 6.14 petang hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dipercayai terjatuh dalam bilik air rumahnya yang terletak di Taman Sri Layang, Mentakab.

Katanya, sepasukan bomba membabitkan dua pegawai bomba kanan dan dua pegawai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan benar terdapat seorang lelaki terjatuh dalam bilik tandas dan tangannya terlekat dalam mangkuk tandas,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Zulfadli berkata, pasukan bomba kemudiannya membuat operasi memecahkan mangkuk tandas dengan menggunakan tuil besi.

“Tangan mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya