UMNO Maran perlu berubah jika tak mahu ditolak rakyat selamanya - Utusan Malaysia

UMNO Maran perlu berubah jika tak mahu ditolak rakyat selamanya

KHADRI MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: UMNO Bahagian Maran perlu melakukan perubahan drastik agar kembali diterima rakyat khususnya membabitkan golongan muda.

Calon Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Khadri Musa berkata, jika masih kekal di takuk lama, tidak mustahil parti itu akan terus ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

“UMNO Bahagian Maran perlu ada imej dan tawaran baharu. Strategi perlu dirangka ekoran kekalahan teruk pada PRU15 lalu bagi mengelak pengundi khususnya anak muda menolak UMNO selama-lamanya.

“Jadi, UMNO Bahagian Maran perlu berubah dan perubahan ini perlu dilakukan oleh ahli parti demi memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini.

“Usah takut buat perubahan kerana produk kita terdahulu sudah pun ditolak oleh rakyat Maran, jika produk lama masih dikekalkan, tunggu sahajalah PRU16 nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khadri berkata, UMNO Bahagian Maran perlu berubah bagi memastikan pengundi muda yang menolak parti ini pada PRU15 lalu kembali bertaut dengan UMNO.

“Kita kena ingat, pengundi muda akan terus mengundi dalam pilihan raya umum-pilihan raya umum (PRU) akan datang. Sampai bila kena hanya mahu bergantung kepada pengundi di saluran satu dan dua?.

“UMNO perlu dekat di hati semua saluran pengundi, ini cabaran cukup besar buat UMNO Bahagian Maran dan ia perlu dilakukan demi kelangsungan parti,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Islam menekankan pentingnya perubahan, proses yang tidak hanya terhad pada sifat dan perilaku manusia, malah turut menganjakkan paradigma pemikiran serta sistem kehidupan.

“Jadi UMNO Bahagian Maran perlu berani berubah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya