UMK perkenal Menu Rahman bantu ringankan beban pelajar

UMK perkenal Menu Rahmah bantu ringankan beban pelajar

RAZLI Che Razak (tengah, berdiri) meninjau kuantiti dan keenakan juadah nasi tengah hari Menu Rahmah di Kafeteria UMK Kampus Bachok, Kelantan, hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini menyahut inisiatif kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah di kafeteria kampus tersebut mulai hari ini.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, langkah percubaan yang dijalankan di kampus tersebut untuk melihat sambutan pelajar-pelajar terhadap menu tersebut selain menilai kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan oleh pengusaha kafeteria.

Menurutnya, UMK sebagai universiti awam sentiasa bersedia menyahut pelbagai program saranan kerajaan khususnya yang melibatkan kebajikan pelajar dalam usaha mengurangkan kos sara hidup.

“Penyediaan Menu Rahmah iaitu nasi, lauk ayam atau ikan, sayur-sayuran dan air turut mendapat sambutan pelajar yang tinggal di luar kampus untuk membeli makan tengah hari dan malam.

“UMK akan melaksanakan Menu Rahmah di empat kafeteria dalam kampus Jeli selepas ini. Selain itu, kita turut bekerjasama dengan pengusaha restoran sekitar UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa dalam memastikan lebih 11,000 pelajar di tiga kampus menikmati manfaat program itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan menikmati juadah Menu Rahmah di kafeteria UMK Kampus Bachok di sini hari ini.

Razli memberitahu, pelaksanaan Menu Rahmah bagi dua kampus UMK di Jeli dan Pengkalan Chepa akan dijalankan serentak apabila Kementerian Pendidikan Tinggi melancarkan pelaksanaan program berkenaan di semua universiti awam di negara ini.

Katanya, selain itu, pihak pengurusan UMK juga mengambil langkah mengurangkan kadar sewa premis dalam usaha membantu pengusaha terlibat berupaya menjimatkan kos dan tidak menjual makanan pada kadar yang tinggi

Sementara itu, seorang pelajar Amir Amsyar Mohd. Ghazali, 23, berkata, Menu Rahmah merupakan satu inisiatif terbaik yang diperkenalkan kerajaan dalam mengurangkan bebanan mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, sebelum ini perbelanjaan makan harian menecah RM27 merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

“Dengan adanya Menu Rahmah ini, golongan pelajar dapat berjimat cermat,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya