DUNGUN: Sepasang suami isteri di Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini tetap menjual donut bersaiz mini dengan harga 10 sen sebiji, sejak tujuh tahun lalu. Walaupun berdepan dengan kenaikan harga barang mentah, Idham Shafiq Darmilus, 35, dan isterinya, Edah Ali, 39, tidak menaikkan harga donut yang dijual mereka. Idham berkata, mereka mengekalkan harga donut yang diusahakan sejak tahun 2016 bagi membolehkan penduduk sekitar terutamanya golongan kurang berkemampuan membeli dan menikmati donut dijualnya. “Walaupun saya sendiri bukan orang senang dan bergantung sepenuhnya kepada perniagaan ini, namun masih ada lagi orang lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya