Tujuh penumpang cemas bas Sri Jengka terbalik di Felda Jengka 2 - Utusan Malaysia

Tujuh penumpang cemas bas Sri Jengka terbalik di Felda Jengka 2

SEBUAH bas ekspres Sri Jengka terbalik setelah terlibat kemalangan di Jalan Besar Felda Jengka 2 menghala ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Tujuh penumpang bas Sri Jengka berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terbalik setelah terbabit kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga di Jalan Besar Felda Jengka 2 menghala ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, kemalangan dua kenderaan terbabit berlaku kira-kira pukul 5.20 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu bas yang membawa tujuh penumpang dari arah Maran menghala Bandar Tun Abdul Razak Jengka itu cuba memotong sebuah kereta di hadapan.

“Pada masa yang sama, keluar sebuah lori sawit dari jalan ladang di sebelah kanan jalan masuk ke laluan utama jalan.

“Ini menyebabkan pemandu bas terkejut dan cuba masuk semula ke laluannya namun gagal lalu bergesel sisi kanan kereta Proton Saga dan kemudiannya terbabas dan terbalik di kanan jalan” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Norzamri, akibat kemalangan tersebut, pemandu lori sawit dan tujuh penumpang bas mengalami kecederaan ringan dan di bawa ke Hospital Jengka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu bas gagal memotong kereta lalu bergesel dan terbalik ke sebelah kanan jalan,” katanya.

Menurutnya, bas terbabit rosak di bahagian sisi kiri manakala kereta Proton Saga rosak bahagian sisi kanan calar dan kemik.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan akan menjalani pemeriksaan Puspakom.

Katanya, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Noor Afieka Ayob di talian 0177475760. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya