Treler bawa batu kerikil terbalik melintang jalan

Treler bawa batu kerikil terbalik melintang jalan

TRELER muatan batu kerikil terbalik Jalan Gua Musang-Jeli dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan terkejut selepas sebuah treler yang membawa muatan batu kerikil terbalik melintang jalan di Jalan Gua Musang-Jeli dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Terah, malam tadi.

Saksi kejadian, Mat Rozi Mat Kasim, 39, berkata, dia bersama lapan pelanggan lain sedang makan malam di kedai makan yang jaraknya hampir 200 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, mereka terkejut apabila mendengar bunyi brek treler berkenaan sebelum kenderaan itu terbalik bersama muatan batu kerikil.

“Selepas mendengar dentuman kuat, saya bersama beberapa pelanggan bergegas ke tempat kejadian dan melihat kenderaan berat terbabit sudah terbalik menutup kedua-dua arah laluan.

“Ketika itu, pemandu masih di tempat duduknya dalam keadaan tersepit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mat Rozi memberitahu, kenderaan berat terbabit masih tidak dapat dialihkan sehingga pukul 1 tengah hari tadi dan usaha mengalihkan treler terbabit masih dilakukan. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit kira-kira pukul 8.41 malam sebelum sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba melihat pemandu treler yang berusia 32 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

“Mangsa berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang di sini menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS). Operasi menyelamat mangsa selesai pada pukul 9.18 malam,”ujarnya-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya