Tiga PATI ditahan cuba masuk Malaysia

Tiga PATI ditahan cuba masuk Malaysia

TIGA PATI warganegara Indonesia yang ditahan ATM selepas cuba memasuki negara ini secara haram melalui sempadan Malaysia-Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok di Tanah Merah, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini secara tidak sah semalam.

Kesemua PATI yang terdiri dari dua lelaki serta seorang wanita itu tahan pada pukul 3.30 pagi menerusi operasi serbu dan tangkap (Serkap) di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Briged).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semua pati itu ditahan semasa cuba masuk ke negara melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati PATI warganegara Indonesia itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua PATI yang ditahan berusia antara 47 hingga 60 tahun. Pada masa yang sama, kita turut merampas dua buah telefon bimbit, wang tunai (Ringgit Malaysia), seutas rantai dan sebentuk cincin.

“Nilai keseluruhan rampas anggaran nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM870.26. Kesemua PATI itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, ATM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang aktiviti jenayah khususnya melibatkan PATI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya