Tiga maut nahas dua kenderaan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson - Utusan Malaysia

Tiga maut nahas dua kenderaan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat tiga individu dari sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Port Dickson petang tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tiga individu termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios dan Toyota Hilux di Kilometer 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Port Dickson di sini petang tadi. 

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrudin Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada  pukul 1.03 petang itu tadi. 

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kemalangan melibatkan dua buah jenis kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios. 

“Tindakan bomba adalah mengeluarkan mangsa yang tersepit. Kami mendapati terdapat enam mangsa di dalam kereta Toyota Vios tersebut.

“Tiga daripada mereka maut di tempat kejadian iaitu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan dua wanita berusia 35 tahun dan 51 tahun. Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar mendapatkan rawatan ke Hospital Port Dickson,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu Toyota Hilux pula tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Maklumat lanjut mengenai kejadian sedang cuba diperoleh.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya