Tiga kedai musnah terbakar di Kampung Megat Segama, Temerloh - Utusan Malaysia

Tiga kedai musnah terbakar di Kampung Megat Segama, Temerloh

DUA anggota bomba menjalankan operasi pemadaman api dalam kebakaran membabitkan tiga buah kedai di Jalan Songsang, Kampung Megat Segama di Temerloh, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tiga premis membabitkan kedai kimpalan, bengkel motosikal dan kedai perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Songsang, Kampung Megat Segama di sini.

Kejadian pukul 11.44 pagi hari ini itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Pegawai Operasi, Kamarul Aripin Abdul Kamis berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Temerloh dengan sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi juga melibatkan bantuan dari BBP Bukit Angin dan BBP Mentakab dengan keanggotaan seramai 15 orang dan kekuatan dua buah jentera dan sebuah tangki ke lokasi tersebut.

“Setiba di tempat kejadian, anggota mengesahkan berlaku kebakaran tiga buah kedai jenis kekal yang sudah 100 peratus kebakaran tetapi tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamarul Aripin, operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos 200 dan 100 kaki, dua nozzle muncung serta dua aliran salur bantu daripada tangki jentera bomba.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal dalam tempoh beberapa minit kemudian dan kerja pemantauan keselamatan dilakukan sebelum anggota bomba sebelum pulang ke BBP masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya