PETALING JAYA: Tiada subsidi akan diberikan oleh kerajaan untuk mengekalkan inisiatif Menu Rahmah biarpun berlaku kenaikan harga barang dan bahan mentah. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan pemberian subsidi bagi pelaksanaan menu itu sebagai tiada keperluan berdasarkan dasar serta situasi semasa. Katanya, apa yang penting, timbal balas dan libat urus yang baik antara kerajaan dan pemain industri dijadikan pemangkin bagi mengimbangi kenaikan harga barang. “Kita sudah beri banyak (subsidi) kepada rakyat. Setakat ini, saya beri jaminan kepada Kabinet, ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya