Tiada cadangan tutup akaun media sosial jejas perpaduan - Utusan Malaysia

Tiada cadangan tutup akaun media sosial jejas perpaduan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARLIMEN: Kerajaan tidak akan menyekat mahupun menutup mana-mana akaun media sosial yang disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan rakyat. 

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata, dalam hal tersebut, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan pengguna dan juga pengendali media sosial.

“Setakat hari ini, KKD tidak memohon untuk mana-mana akaun ditutup atau dikekang kerana memuat naik kandungan tidak wajar,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fahmi berkata demikian menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH- Wangsa Maju) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengambil pendekatan untuk memadam akaun tertentu di media sosial.

Fahmi berkata sepanjang Januari 2022 hingga 30 Januari tahun ini, sebanyak 197 kandungan telah diturunkan di pelbagai platform media sosial.

Sejumlah 101 daripada jumlah itu adalah daripada aplikasi TikTok.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya