Terus suburkan tradisi dan budaya dalam program berkhatan - Utusan Malaysia

Terus suburkan tradisi dan budaya dalam program berkhatan

MOHAMAD Rafie Ab Malek menyiram air kepada kanak-kanak yang menyertai program berkhatan pada Program Berkhatan Percuma Untuk Keluarga Asnaf dan B40 di Masjid Dato' Klana Petra Sendeng dekat Ampangan, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Adat berkhatan yang menjadi tradisi dan budaya orang Melayu sejak zaman berzaman perlu disuburkan walaupun proses itu kini dilakukan menggunakan kaedah perubatan moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, adat seperti menepung tawar, berendam dan diarak boleh dilaksanakan sebelum seorang kanak-kanak itu dikhatan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri berkata, tradisi itu akan bertambah meriah dalam program berkhatan secara beramai-ramai.

“Berkhatan adalah peristiwa bersejarah yang akan menjadi kenangan seumur hidup bagi seorang kanak-kanak. Kenangan itu menjadi semakin kuat jika ia dilaksanakan mengikut adat dan tradisi orang Melayu seperti bersiram, diarak dan ditepung tawar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Percuma Untuk Keluarga Asnaf dan B40 di Masjid Dato’Klana Petra Sendeng dekat Ampangan di sini hari ini.

Seramai 46 orang kanak-kanak berusia antara tiga hingga 13 tahun menyertai program anjuran bersama Hospital Pakar KPJ Seremban, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat ADUN Ampangan itu

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau-Wilayah 1 KPJ, Maisarah Omar.

MOHAMAD Rafie Ab Malek ketika ditemui pemberita pada Program Berkhatan Percuma Untuk Keluarga Asnaf dan B40 di Masjid Dato’ Klana Petra Sendeng dekat Ampangan, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Mohamad Rafie menambah, minat masyarakat terhadap tradisi dan budaya Melayu boleh dilihat dengan jelas apabila ramai yang mengambil gambar dan video program tersebut.

“Masyarakat amat menghargai tradisi dan budaya yang diabadikan dalam simpanan gambar atau video untuk ditonton semula berulang kali,” ujarnya.

Dalam program hari ini, kanak-kanak berkenaan di tepung tawar, diarak dengan iringan tiupan tetuang iaitu sejenis instrumen tradisional Melayu sebelum bersiram dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan.

Sementara itu, Maisarah memberitahu, seramai empat doktor termasuk seorang pakar perubatan dari KPJ Seremban melaksanakan proses khatan tersebut.

“Ia adalah sebahagian tanggung jawab sosial (CSR) korporat kumpulan perubatan ini terhadap masyarakat terutamanya dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya