Tentera maut kemalangan libat tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Tentera maut kemalangan libat tiga kenderaan

KEMALANGAN di hadapan sebuah stesen minyak Petronas membabitkan tiga kenderaan, iaitu kereta jenis Honda City dan dua buah motosikal jenis Yamaha serta BMW di Kuala Rompin di Rompin, Pahang. - FOTO IHSAN POLIS ROMPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 133.5 Jalan Kuantan – Johor Bahru di sini pukul 2 petang hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan di hadapan stesen minyak Petronas berhampiran bandar Kuala Rompin itu, Shahrizal Shamsuddin, 41, berasal dari Masai, Johor Bahru.

Dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta, Amirul Aiman Abd. Raof, 19, dan seorang lagi penunggang motosikal, Mohd. Azman Md Yusof, 48, dari Ulu Tiram, Johor selamat.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kemalangan tersebut melibatkan tiga jenis kenderaan iaitu dua buah motosikal jenis Yamaha dan BMW serta sebuah kereta jenis Honda City Hatchback.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang cuba membelok ke kanan untuk ke stesen minyak Petronas dilanggar (sisi kanan kenderaan) oleh motosikal jenis Yamaha dipandu Shahrizal yang datang dari arah belakang.

“Kemudian, terdapat sebuah lagi motosikal lain dipandu Mohd. Azman dari arah yang sama turut bergesel dengan kereta tersebut lalu terbabas ke kanan jalan hingga menyebabkan Shahrizal meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd. Azman dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azahari berkata, penunggang motosikal yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala dua lagi mangsa terselamat hanya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya