Sulam Kasih 'air tangan' terbaharu penghuni PPA Machang

Sulam Kasih ‘air tangan’ terbaharu penghuni PPA Machang

MOHD. Nasir Yusof (kiri) bersama Abdol Samad Nawi melihat batik yang dihasilkan di PPA Machang semasa Program soft Launching Produk Batik PPA Machang 2023 di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Corak batik yang dinamakan sebagai Sulam Kasih menjadi ‘air tangan’ terbaharu yang dihasilkan oleh penghuni Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini.

Pengarahnya, Mohd. Nasir Yusof berkata, bermotifkan alam semula jadi itu merupakan produk kedua yang dihasilkan oleh penghuni selepas corak Khonyok Mache.

Menurutnya, penghasilan produk ini merupakan berkolaborasi antara PPA Machang dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang dalam mendapatkan kepakaran dari segi rekaan corak dan sebagainya.

“Kerjasama ini telah dijalinkan sejak tahun 2014 lalu. UiTM Cawangan Kelantan adalah mentor kepada Jabatan Penjara Malaysia (JPM) yang mana seramai enam pensyarah daripada Kolej Pengajian Seni Reka Kreatif bertindak sebagai tenaga pengajar.

“Misi kita adalah untuk memastikan batik yang dihasilkan oleh penghuni PPA Machang menjadi pilihan dan dikenali di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Soft Launching Produk Batik Sulam Kasih Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang 2023 di Dewan Dato Sri Haji Zulkifli Omar, PPA Machang di sini hari ini.

SEORANG model memperagakan batik keluaran pengguhi Pusat Pemulihan Akhlak Machang  semasa Program soft Launching Produk Batik PPA Machang 2023 di Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Mohd. Nasir memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan produk batik hasil kerja tangan penghuni penjara hampir RM400,000 tahun ini.

Katanya, sasaran itu dijangka dapat dicapai selepas hasil jualan tahun lalu mencatatkan lebih RM126,000.

“Untuk itu kita akan melaksanakan strategi pemasaran yang lebih efektif bagi mengetengahkan corak batik ‘Khonyok Mache’ dan ‘Sulam Kasih’ menjadi pilihan pengguna di luar sana.

“Tahun ini, kita menyasarkan peningkatan jualan batik sebanyak dua hingga tiga kali ganda dan kita memerlukan strategi pemasaran yang lebih berkesan untuk mempromosikan kepada masyarakat,” ujarnya.

Mohd. Nasir berkata, setakat ini PPA Machang memiliki seramai 40 penghuni penjara yang menghasilkan batik dan kesemua mereka ini mempunyai kemahiran serta minat dalam bidang penghasilan batik berkenaan.

Katanya, PPA Machang dengan pihak UiTM bercadang untuk membuka sebuah kiosk bagi meningkatkan jualan kepada orang ramai kerana yakin produk tersebut mampu mendapat tempat dipasaran luar.

“Hasil-hasil kerja daripada penghuni penjara ini adalah salah satu usaha pihak penjara untuk membuktikan kepada masyarakat bahawasanya mereka mampu berubah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya