Suami, isteri tawarkan lapan menu Rahmah

Suami, isteri tawarkan lapan menu Rahmah

KAMARUZAMAN Hussin dan isterinya Siti Nor Farah Abdul Darawi menunjukkan pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan kepada pelanggan di Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenaikan harga bahan mentah ketika ini tidak mematahkan semangat sepasang suami isteri yang merupakan pengusaha Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh di sini, menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan lapan Menu Rahmah di premis mereka.

Kamaruzaman Hussin,44, dan isterinya Siti Nor Farah Abdul Darawi, 38, menyahut seruan itu sebagai salah satu bentuk perkongsian rezekinya kepada orang ramai yang sedang berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah ketika ini.

Kamaruzaman berkata, Menu Rahmah yang ditawarkannya itu serendah RM4.50 merangkumi nasi putih, ayam goreng atau gulai, sayur dan segelas teh o ais.

Menurutnya, bagi memberikan pilihan kepada pelanggan Pondok Kebaboom turut menawar menu lain seperti nasi goreng, mi goreng, kuetiau goreng, bihun goreng.

“Selain itu kita turut tawarkan aneka pilihan untuk mi sup, bihun sup dan kuetiau sup. Pilihan ini saya tawarkan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang dengan harga RM4.90 termasuk segelas teh o ais.

“Walaupun untungnya sedikit, namun saya tetap gembira kerana lebih ramai dapat menjamah hidangan ini pada harga yang rendah dan berpatutan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

 

KAMARUZAMAN Hussin (kiri) memberitahu pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan kepada pelanggan di Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Kamaruzaman memberitahu, dia berharap lebih ramai peniaga akan menyahut seruan kerajaan dengan menyediakan Menu Rahmah ini.

Katanya, Menu Rahmah ini mampu memberikan impak yang besar kepada rakyat jika semua pihak mengambil tanggungjawab itu.

“Saya turut berharap kerajaan dapat menstabilkan semula harga bahan mentah bagi mengurangkan beban yang turut dirasai oleh golongan peniaga,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengguna Mohd. Burhan Mohd. Zain, 32, berkata, kehadiran Menu Rahmah ini sedikit sebanyak membantu rakyat membuat pilihan menikmati hidangan pada harga murah.

Katanya, dia berharap lebih ramai peniaga akan menyahut seruan kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya