SPM: KPM siap siaga hadapi banjir

SPM: KPM siap siaga hadapi banjir

FADHLINA Sidek bermesra bersama para pelajar selepas menghadiri Program Bantuan Awal Persekolahan Kadun Jawi 2023 di SJKT Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan terutama di negeri berisiko dilanda banjir bagi memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung Isnin ini berjalan lancar. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bilik gerakan banjir yang ditubuhkan kini sudah bersedia manakala Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut bersiap siaga mendepani sebarang kemungkinan.

Katanya, pelbagai persiapan sudah dibuat terutama di negeri-negeri yang sentiasa, dijangka atau yang telah biasa dilanda banjir.

“Selain itu, kita sudah mengenal pasti sekolah-sekolah yang akan dijadikan pusat peperiksaan dan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mempersiapkan segala kelengkapan dalam menghadapi bencana ini.

“Bagaimanapun, saya amat berharap mudah-mudahan tidak berlaku banjir supaya anak-anak kita boleh menduduki peperiksaan dengan tenang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bantuan Awal Persekolahan Kadun Jawi 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nibong Tebal, di sini hari ini.

Terdahulu, KPM dalam kenyataannya memaklumkan seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,355 pusat pemeriksaan di seluruh negara bermula 20 Februari hingga 15 Mac ini.

Seramai 131,318 petugas peperiksaan bagi membantu kelancaran proses pengambilan peperiksaan SPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya