Seorang lelaki nyaris maut, rumah kediaman tiba-tiba runtuh - Utusan Malaysia

Seorang lelaki nyaris maut, rumah kediaman tiba-tiba runtuh

SEBUAH rumah papan yang masih didiami runtuh secara tiba-tiba di Kampung Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki nyaris maut apabila rumah didiaminya runtuh di Kampung Tanjung Lumpur di sini kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa, Mohd. Rizal Mohd. Nor, 54, ditemukan selamat di bawah runtuhan rumah tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.34 petang.

“Setibanya di lokasi bomba mendapati terdapat sebuah rumah kayu runtuh keseluruhannya.

“Seorang lelaki dewasa yang berada di rumah tersebut telah dikeluarkan dengan dibantu orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulfadli berkata, susulan kejadian itu, pihak bomba membuat pemantauan termasuk di kawasan sekitarnya bagi memastikan keadaan betul-betul selamat.

“Setelah semuanya dalam keadaan tenang, operasi menyelamat kemudiannya ditamatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya