Seorang lagi mangsa kemalangan Jalan Genting Highlands meninggal dunia - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa kemalangan Jalan Genting Highlands meninggal dunia

KEADAAN van persiaran yang terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang pada 8 Februari lalu. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini meninggal dunia menjadikan jumlah terkorban seramai lapan orang.

Mangsa, Chew Chong Beh, 73, yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia pukul 1.46 petang hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sehingga pukul 6 petang hari ini seramai lapan orang mangsa dalam nahas tersebut disahkan meninggal dunia.

“Enam lagi mangsa yang cedera, iaitu empat orang masih menerima rawatan di HKL, manakala seorang lagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan seorang lagi sudah dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Ramli, seluruh warga polis negeri ini mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

Dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands kelmarin, mangsa yang maut, iaitu pemandu van persiaran, Wong Choun Chiet, 49, serta lima penumpang, Foon Ah Lan, 67, Lee Moy, 67, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72, dan Wong Ah Mooi, 83.

Seorang lagi penumpang Chang Them Kong, 70, dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di HKL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya