Remaja 16 tahun warga Thailand dicekup bersama 10.3 kg ganja

Remaja 16 tahun warga Thailand dicekup bersama 10.3 kg ganja

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja warga negara Thailand berusia 16 tahun dicekup bersama ganja seberat 10.3 kilogram (kg) di tepi jalan Pengkalan Che Kassim, Rantau Panjang di sini.

Remaja berkenaan antara seorang daripada 233 individu yang ditahan oleh Polis Kelantan menerusi Op Tapis Bersepadu Bilangan 1/2023 bermula Rabu hingga semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu pihaknya turut dua remaja tempatan berusia 18 tahun dan merampas 4,000 biji pil yaba di tepi jalan hadapan Sekolah Kebangsaan Gua Tinggi, Rantau Panjang.

“Operasi ini dilakukan susulan kes kes tangkapan dan rampasan pistol di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang baru-baru ini.

“Kesemua individu yang ditahan itu melibatkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, Seksyen 12(2) ADB 1952 merekodkan tangkapan tertinggi iaitu melibatkan seramai 54 individu, diikuti Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (50), Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (43), Seksyen ADB 1952 (28), Seksyen 39C ADB 1952 (19), Seksyen 39B ADB 1952 (13), Seksyen 39A(2) ADB 1952 (3) dan selebihnya waran tangkap.

Katanya, kesemua yang ditangkap berumur di antara 16 hingga 65 tahun termasuk dua wanita.

“Dalam operasi ini juga, kita merampas pelbagai jenis dadah, daun ketum dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM216,203.

“Polis turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita kenderaan dan wang tunai bernilai RM 8,660,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya