Rakan tidak berjaya selamatkan Muhamad Ikhmal Hakim dari lemas - Utusan Malaysia

Rakan tidak berjaya selamatkan Muhamad Ikhmal Hakim dari lemas

FADHLI Simon (kanan) ketika ditemui anggota bomba di Pantai Teluk Chempedak di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Remaja yang dipercayai lemas ketika mandi di Teluk Tongkang, di Pantai Teluk Chempedak di sini hari ini cuba diselamatkan rakannya namun tidak berjaya.

Mangsa yang lemas dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Muhamad Ikhmal Hakim Ahmad, 20, beralamat di Lorong Galing, di sini.

Rakannya, Amirul Izzat Zainal Abidin, 19, berkata, dia cuba menarik tangan Muhamad Ikhmal Hakim namun tidak menyangka mangsa tidak naik ke pinggir pantai bersamanya.

Menurutnya, ketika turun ke pantai tersebut, air laut kelihatan tenang namun tiba-tiba keadaan mula berarus deras dan ombak besar.

“Ketika itu saya dan mangsa hendak naik ke darat tapi ketika dalam perjalanan kami terjatuh dalam sebuah teluk.

“Saya juga hampir lemas ketika itu dan sempat menarik tangan mangsa. Saya sangka mangsa naik ke atas darat bersama-sama saya tapi tidak sangka bila saya pusing belakang saya lihat mangsa tiada,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhli Simon, 20, pula berkata, mereka mengambil keputusan untuk beriadah di Teluk Chempedak sebelum menghadiri temuduga kerja pada hari esok.

Jelasnya, dia dan mangsa akan menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat pam minyak di Jalan Berserah di sini.

“Hari ini kami beriadah kononnya untuk meraikan temuduga bagi kerja baharu itu. Mangsa seorang rakan yang ceria dan kelihatan sangat gembira pada hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya