PUM2023 galak penuntut ceburi bidang keusahawanan - Utusan Malaysia

PUM2023 galak penuntut ceburi bidang keusahawanan

SALAHUDDIN AYUB (tengah) bergambar bersama-sama para penuntut sempena Program Usahawan Muda 2023 Peringkat Negeri Johor di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan Program Usahawan Muda 2023 (PUM2023) kepada golongan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha mendorong mereka menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, PUM2023 juga bertujuan supaya menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan berkaitan dengan pengajian yang diikuti.

“Program ini bertujuan untuk mengupayakan penuntut dan membimbing mereka pada peringkat awal bidang keusahawanan serta memberi segala bantuan ataupun insentif yang diperlukan.

“Sekiranya graduan ini berhasrat untuk menjadi usahawan, maka kita akan memberi pendaftaran percuma kepada usahawan-usahawan muda ini, insya-Allah.

“Dalam masa sama, kita menggalakkan penuntut dalam bidang kejuruteraan misalnya, untuk menceburi keusahawanan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang berkaitan. Ini secara tidak langsung bagi memastikan tidak berlaku ‘miss-match’ dalam kepakaran mereka bagi mengelakkan pembaziran tenaga mahir,” katanya selepas merasmikan PUM2023 di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDN, Datin Roszanina Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pengarah Governan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kamaludin Daud; Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru, Noor Aidi Nadzri serta Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur, Bukhairi Abd. Rahman.

Salahuddin memberitahu, seramai 600 penuntut bidang teknikal di negeri ini telah mendaftarkan diri dengan PUM2023 untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat seramai 25,979 pendaftar perniagaan yang berjaya didaftarkan melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi di seluruh negara sejak 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya