Polis tahan dua lelaki, rampas sepucuk pistol

Polis tahan dua lelaki, rampas sepucuk pistol

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Polis merampas sepucuk pistol selepas menahan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 25 tahun dalam serbuan di Kampung Belukar Kubor, Labok di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, polis turut merampas satu kotak peluru dan 13 butir peluru hidup.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat berkait kes ugutan jenayah yang dilakukan oleh suspek ke atas seroang lelaki semasa berada di sebuah stesen minyak di Air Putih , Kuantan, Pahang.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang berada dihadapan rumah tersebut, polis telah menjumpai satu bungkusan kain dan sebuah kotak berada di bawah tempat duduk pemandu.

“Pemeriksaan lanjut telah membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenama Colt.45 kaliber automatik bersama satu kotak peluru dan 13 butir peluru hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil siasatan yang dilakukan ke atas suspek membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun di Tanah Merah pada hari yang sama.

Katanya, kesemua suspek yang ditangkap itu  ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971 dan seksyen 8 Akta Senjata 1960.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya