Perhebat latih pesara tentera jadi tenaga pengajar akademi memandu

Perhebat latih pesara tentera jadi tenaga pengajar akademi memandu

MOHD. Misuari Abdullah (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang bekas tentera yang menyertai Program Taklimat Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) menjalinkan kerjasama institut memandu di negeri bagi melatih pesara tentera menjadi tenaga pengajar di akademi memandu.

Pegawai Pasca Latihan Peralihan dan Bimbingan Kerjaya Kedua Perhebat Leftenan Kolonel (B)
Harisson Harun berkata, projek perintis yang melibatkan bekas tentera dari Kelantan dan Terengganu bertujuan memastikan mereka dapat terus mencari rezeki selepas menamatkan perkhidmatan.

“Kursus selama lima ini melibatkan seramai 45 anggota bekas tentera yang mempunyai disipilin tinggi berusia 50 tahun ke bawah.

“Menjadi hasrat Perhebat untuk memastikan bekas tentera termasuk yang berhenti awal sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan tambahan untuk menyara keluarga,” katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di Jalan Padang Tembak, di sini yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd. Misuari Abdullah hari ini.

Harisson memberitahu, program tersebut akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini bagi memastikan nasib bekas tentera terbela.

Katanya, Perhebat sebelum ini pernah mengadakan pelbagai kursus seperti perniagaan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup

“Peluang yang disediakan ini perlu sebaik mungkin selepas mereka menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn Bhd, Datuk Mohd. Zain Yasim berkata, anggota tentera yang tamat kursus ini boleh  meneruskan kerjaya sebagai tenaga pengajar di mana-mana akademi memandu seluruh negara.

Katanya, diharapkan kemahiran yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pesara tentera.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya