KOTA BHARU: PKR menegaskan tiada isu perebutan kerusi antara pihaknya dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) di Kelantan tidak lama lagi.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mencari parti yang mempunyai kekuatan di setiap kawasan sebagai keutamaan untuk menjadi pembangkang kuat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami dengan Pas semasa dalam Pakatan Rakyat dulu pernah berbalah dan berebut kerusi. Jadi saya lihat isu ini tidak timbul dan perbincangan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pakatan Harapan (PH) nampak positif.
“Agihan kerusi sudah bermula namum belum dimuktamadkan lagi,” katanya selepas diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang meramalkan kerjasama PH dan BN dijangka berdepan konflik dari segi pembahagian kerusi pada PRN nanti.
Mohd. Amar berkata, situasi itu berdasarkan kepada pengalaman Pas yang pernah bekerjasama dengan BN sebelum ini.-UTUSAN