Penagih dadah dicekup pukul, tumbuk isteri

Penagih dadah dicekup pukul, tumbuk isteri

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang penagih dadah dicekup selepas dipercayai membelasah isterinya apabila mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan mendapati, suspek berusia 35 tahun turut bertindak sedemikian ekoran berang dengan tindakan isterinya yang mengintai dia sedang menghisap dadah di rumah tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suspek bertindak menumbuk bahagian kening kiri, mencekik leher dan menarik rambut isterinya yang berusia 28 tahun semasa berada di dapur.

“Perbuatan lelaki itu mengakibatkan mangsa rebah dan mengalami kecederaan pada kening dan sakit di leher.

“Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Puteh di sini kira-kira pukul 1.16 petang semalam selepas bimbang dengan keselamatan dirinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mangsa yang bekerja sebagai peniaga menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini semalam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, suspek bertindak sedemikian selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan wanita itu mengetahui dia merupakan penagih dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya