Pemuda maut rempuh kereta buat pusingan U

Pemuda maut rempuh kereta buat pusingan U

KEADAAN motosikal milik mangsa yang rosak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di Jalan Long Yunus, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Muhammad Fawwaz Ab. Razak, 20, maut di lokasi akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y152ZR dari arah sebuah stesen minyak di Jalan Long Yunus di sini.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian sebuah kereta jenis Proton Inspira dipandu seorang wanita berusia 23 tahun yang berada di bahu kiri jalan telah memasuki laluan utama untuk membuat pusingan U.

“Situasi itu menyebabkan laluan penunggang motosikal menjadi terhalang. Akibatnya, mangsa gagal mengelak lalu merempuh sisi kanan hadapan kereta itu menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. 

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, mayat mangsa dibawa ke  Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kemalangan tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya