Pas terbuka akuan disiasat SPRM

Pas terbuka akaun disiasat SPRM

MOHD. Amar Nik Abdullah ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas sentiasa terbuka dan bersedia sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu melakukan siasatan terhadap akaun parti itu.

Naib Presidennya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan yang dijalankan itu mestilah telus dan tidak berat sebelah.

“Kalau ada keperluan, kita tidak ada masalah kerana bila ia melibatkan undang-undang dan Pas sedia memberi kerjasama. Cuma kita  harap semua kerjasama dan segala tindakan yang dilakukan oleh pihak polis atau SPRM tidak bermotifkan politik atau bersikap selektif semata-mata.

“Bila bercakap pasal duit, setakat kita tahu, semua parti politik menerima sumbangan, cuma ia dalam jumlah yang banyak atau tidak.Jadi kalau nak siasat, semua perlu disiasat untuk keadilan ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, bagaimanapun siasatan perlulah dilakukan dengan betul dan tidak terlalu mendesak sehingga membekukan akaun.

“Ia menjadi sukar dan masalah buat parti tertentu sekiranya akaun dibekukan memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dekat.

“Apa yang saya lihat, kerajaan hari ini seolah-olah mahu membalas dendam terhadap Perikatan Nasional (PN),”ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) masih lagi dibekukan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan masih berjalan dan pembekuan akaun belum dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah simpanan dalam akaun yang dibekukan SPRM kerana pegawai penyiasat masih dalam proses melaksanakan tugas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya