Muip sedia selaras bantuan bencana Turkiye bersama kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Muip sedia selaras bantuan bencana Turkiye bersama kerajaan negeri

HALIDAN MD. DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha menyelaraskan bantuan bencana ke Turkiye.

Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md. Daud berkata, Muip menyokong penuh usaha penyaluran bantuan ke negara itu dan sedang berbincang berhubung pelaksanaannya.

“Insya-Allah, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak Muip bersedia bila-bila masa untuk menyokong usaha ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menyeru rakyat negara ini menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria yang terjejas teruk akibat gempa bumi.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi kuat melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, yang pertama berukuran 7.8 magnitud dan yang kedua berukuran 7.5 magnitud yang meranapkan ribuan bangunan.

Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada hampir 44,000 orang dan harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar.

Sehingga kini, jumlah kematian di Turkiye dicatatkan 38,044 orang dan di Syria mencecah 5,800 orang.

Agensi bantuan Turkiye, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) menyatakan, jumlah mereka yang cedera juga meningkat iaitu kepada 108,068 orang.

Pengarah umum gempa bumi dan pengurangan risiko AFAD, Orhan Tatar, berkata, terdapat kira-kira 4,700 gegaran susulan sejak gempa bumi kuat melanda minggu lalu iaitu satu gegaran bagi setiap empat minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya