Mohd. Sharkar umum pertahan jawatan MT UMNO - Utusan Malaysia

Mohd. Sharkar umum pertahan jawatan MT UMNO

MOHD SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin mengumumkan akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu bermula bulan ini.

Mohd. Sharkar berkata, beliau membuat keputusan itu kerana mahu terus menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan UMNO.

“Dengan pengalaman saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri, Yang Dipertua DUN Pahang ketika ini dan dalam UMNO sehingga kini, saya yakin dapat terus menyumbang idea dan keringat serta bersama-sama dengan pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan lagi parti keramat orang Melayu ini.

“Untuk mengembalikan kegemilangan parti ini, UMNO memerlukan barisan kepimpinan mantap yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalamannya.

“Usaha ini penting bagi terus memperkasakan parti selain memastikan UMNO kekal relevan terutama kepada generasi muda,” katanya dalam kenyataan di sini.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan Perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pemilihan itu akan membabitkan sebanyak 22,000 cawangan serta 191 bahagian UMNO di seluruh negara termasuk bahagian yang digantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya