Menu Rahmah dapat sambutan semua kaum, bukan hanya Melayu - Utusan Malaysia

Menu Rahmah dapat sambutan semua kaum, bukan hanya Melayu

SALAHUDDIN AYUB (berdiri kanan) mencalit dakwat di kepala singa sebagai gimik menyempurnakan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran PH Johor di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa inisiatif Menu Rahmah tidak mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha bukan Melayu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, inisiatif yang dilancarkan bulan lalu itu mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum, malah persatuan perniagaan yang pertama tampil memberikan sokongan ialah peniaga India.

“Siapa yang kata begitu, itu tidak benar kerana ktika idea Menu Rahmah ini dicadangkan, yang pertama tampil ialah persatuan peniaga India Muslim, kedai makan kaum India dan pengusaha restoran tom yam.

“Malah ketika ini saya juga sedang menunggu pertemuan dengan persatuan peniaga kaum Cina yang mahu turut serta menjayakan Menu Rahmah bagi manfaat rakyat.

“Jadi, tidak ada isu program Menu Rahmah ini tidak mendapat sokongan kaum lain selain Melayu. Janganlah kita jadikan perkara ini sebagai isu kaum, sebaliknya amalkan konsep ‘Rahmah for all’,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Pakatan Harapan (PH) Johor di Taman Bukit Indah, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai turut memberitahu, selepas Burger King, dua lagi restoran makanan segera akan turut serta menjayakan Menu Rahmah.

“McDonald’s sudah mengadakan pertemuan dengan KPDN minggu lepas dan mereka telah menzahirkan persetujuan, manakala KFC pula kita jangka libat urus akan diadakan dalam waktu terdekat,” jelasnya.

Program Menu Rahmah yang diperkenalkan bermula 31 Januari lalu menawarkan jualan makanan pada harga RM5 dan setakat ini,lebih 15,000 premis di seluruh negara menyertainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya