Menu Rahmah bukan bermusim - Salahuddin - Utusan Malaysia

Menu Rahmah bukan bermusim – Salahuddin

SALAHUDDIN AYUB (kiri) menunjukkan nasi paprik ayam yang dijual dengan harga RM5 di Restoran Wachaa Parit Raja, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Inisiatif Menu Rahmah akan dipastikan mampu bertahan lama dan bukan yang hangat pada waktu kempen sahaja.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif memerlukan sinergi atau kolaborasi daripada pelbagai pihak termasuk memperluaskan kerjasama dengan pembekal bahan mentah dan pengusaha kedai makan serta restoran bagi menyantuni golongan yang memerlukan.

“Saya akur dan memerlukan satu sinergi sebab KPDN tidak boleh bekerja sendirian bagi menjayakannya (Menu Rahmah). Saya akan lakukan libat urus antara pihak industri makanan, pembekal bahan mentah dan kedai makan serta restoran.

“Kita juga akan libatkan syarikat makanan segera bagi memastikan menu ini bertahan lama  dan bukannya ‘one off’ atau untuk sehari dua sahaja,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Menu Rahmah di Restoran Wachaa Parit Raja, dekat sini yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan.

Menurut Salahuddin, keputusan tentang rundingan akhir bersama-sama rangkaian makanan segera dijangka akan diumumkan minggu depan, iaitu melibatkan menu yang akan ditawarkan dengan harga berpatutan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan. 

“Pihak kementerian juga terbuka untuk menerima pandangan daripada umum untuk menambah baik inisiatif Menu Rahmah berkenaan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya