Menu Rahmah, Ahli Parlimen Kapar mohon maaf   - Utusan Malaysia

Menu Rahmah, Ahli Parlimen Kapar mohon maaf  

Dr. Halimah Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali, memohon maaf atas kenyataannya berhubung Menu Rahmah sehingga didakwa mengelirukan Dewan Rakyat, dua minggu lalu.

 Permohonan maaf Halimah Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)  itu dibuat di Dewan Rakyat dalam bentuk  pantun dengan  menyatakan ucapannya tersebut disalah erti.

“Jikalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai semak imbang Kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.

“Selaku wakil rakyat suara rakyat yang diwakili sudi kiranya rujuk penyata rasmi muka surat 134 hingga 137 pada 14 Februari,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) membuat permohonan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan Halimah ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja kerana didakwa mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, permohonan maaf dibuat Halimah, selepas persetujuan bersama dicapai sebelum ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya