Maritim Malaysia Kelantan lupus bot Vietnam ceroboh perairan negara

Maritim Malaysia Kelantan lupus bot Vietnam ceroboh perairan negara

PROSES menengelamkan bot nelayan asing Vietnam di perairan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, semalam-IHSAN MARITIM MALAYSIA KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan melupuskan sebanyak tujuh buah bot nelayan asing Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah dengan menenggelamkan bot-bot tersebut untuk dijadikan tukun tiruan di lokasi 9.8 kilometer dari Kuala Besar dekat Kota Bharu, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, kesemua bot itu ditahan semasa Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, seramai 58 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam, 1,700 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 1,300 kg ikan baja, kg gamat, 150 kg sotong kering, 27,800 liter diesel, peralatan navigasi dan alat menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta semasa operasi itu dijalankan.

“Proses penenggelaman bot mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.

“Kesemua bot yang ditenggelamkan telah melalui proses pemilihan yang ketat sebelum diluluskan untuk dilupuskan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku selain ia tidak mudah pecah dan lebih tahan untuk dijadikan tukun tiruan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Syed Nor Adli memberitahu, proses pelupusan bot yang dijadikan sebagai tukun tiruan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 1,000 nelayan di kawasan sekitar Kuala Besar termasuk peminat perikanan rekreasi.

Katanya, Maritim Kelantan telah melupuskan sebanyak 264 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah pelupusan seperti penenggelaman, musnah, lelong, jual dan hadiah dengan anggaran nilai lebih RM380 juta sejak 2007.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya