SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS ) menafikan dakwaan yang disebar melalui media sosial mengenai salah guna wang zakat di Negeri Sembilan. Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, susulan daripada tohmahan dan fitnah yang disebarkan pada 2019, pihak MAINS telah membuat beberapa laporan polis terhadap pemilik media sosial tersebut. “Pihak MAINS turut memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Audit Negara bagi menjalankan siasatan penuh dan pengauditan terperinci terhadap semua dakwaan itu. “Namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya