Lelaki maut, terjatuh ketika mendaki Gunung Datuk - Utusan Malaysia

Lelaki maut, terjatuh ketika mendaki Gunung Datuk

MANGSA dibawa turun oleh anggota bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Tampin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Datuk di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa, Muhammad Noorafzanidzam Salleh, 46, dilaporkan telah jatuh dan pengsan ketika berada di ketinggian 400 meter.

Menurutnya, kejadian diketahui anak saudara lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun ketika berada di kaki gunung tersebut dan seterusnya menghubungi pihak bomba serta ambulans.

“Mangsa dibawa turun oleh pasukan bomba dan terus dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.  Mangsa telah mengalami kesukaran untuk bernafas dan tidak sedarkan diri.

“Kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di Hospital Tampin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Hazri, bedah siasat telah dilakukan pada pukul 3 petang tadi dan mendapati punca kematian adalah disebabkan saluran darah besar ke bahagian jantung telah tersumbat.

Menurutnya, jenazah telah dituntut oleh ahli keluarga dan dibawa pulang ke Kampung Mampong, di sini, seterusnya dikebumikan selepas solat Isyak.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya