Lelaki maut jatuh sungai ketika menjaring di Bera - Utusan Malaysia

Lelaki maut jatuh sungai ketika menjaring di Bera

PETUGAS kesihatan memeriksa mangsa sejurus diselamatkan oleh rakannya setelah jatuh ke dalam sungai di Ladang Risda Bera di Bera, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam sungai ketika keluar menjaring ikan bersama rakannya di Ladang Risda Bera di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.43 tengah hari hari ini, mangsa, Nordin Kassim dipercayai terjatuh ke dalam air sedalam kira-kira satu meter.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Roslani Seman berkata, sejurus menerima maklumat, tujuh anggota bomba dan penyelamat dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi tersebut.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa sudahpun diselamatkan oleh rakannya ke atas darat setelah melihat kejadian berkenaan.

“Mangsa yang terjatuh ke dalam sungai ini dipercayai mempunyai masalah kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Roslani, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Ujarnya, anggota bomba membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya