Lelaki maut dilanggar tren komuter - Utusan Malaysia

Lelaki maut dilanggar tren komuter

LOKASI kejadian seorang lelaki maut dilanggar tren komuter di Kampung Air Hitam, Chembong, Rembau, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas dilanggar tren komuter dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dekat Kampung Air Hitam, Chembong, di sini, kira-kira pukul 8.40 pagi semalam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau menerima panggilan daripada pengadu iaitu polis bantuan KTMB Pulau Sebang Melaka pada pukul 9.45 pagi.

Pengadu yang memaklumkan seorang lelaki telah dilanggar kereta api di koordinat 480,90.

“Polis bantuan itu telah menerima maklumat tren komuter telah melanggar seorang lelaki dewasa dan segera ke lokasi yang dimaksudkan. Sebaik tiba didapati satu mayat lelaki berada di tengah landasan, lalu segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau.

“Polis segera ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat mayat seorang lelaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Pemeriksaan keatas mayat juga dapati tidak ada sebarang tanda bekas suntikan BCG pada lengan kiri dan kanan si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ujar Hazri lagi, menurut maklumat, semasa kakitangan KTMB sedang membawa tren, secara tiba-tiba telah datang seorang lelaki di sisi sebelah kiri landasan ketika tren berada dalam lingkungan jarak tiga tiang elektrik dari lelaki tersebut.

“Kemudian mangsa tiba-tiba berada di tengah landasan kereta api. Ekoran kejadian terlalu pantas tren tidak sempat untuk diberhentikan serta merta dan telah melanggar mangsa.

“Terdapat kesan tubuh badan mayat mangsa di tempat kawasan landasan serta anggota badan lain seperti kaki, cebisan tulang dan daging berada beberapa ratus meter jarak dari mayat kerana telah dilanggar oleh tren,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku terhadap mangsa dan disyaki mangsa cuba membunuh diri. 

“Oleh itu, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat hari ini,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya