Lelaki lari tinggalkan 500 kg daun ketum di buru polis

Lelaki lari tinggalkan 500 kg daun ketum di buru polis

MUHAMMAD Zaki Harun (kanan) memeriksa barisan semasa Program Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 500 kilogram (kg) daun ketum selepas kereta dipandunya merempuh Perodua Viva di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu, suspek berusia 20 tahun itu yang memandu kereta jenis Nissan Almera terus bertindak melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran lokasi sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta jenis Nissan Almera yang dinaiki mangsa telah membawa kepada penemuan 500 kg daun ketum dianggarkan berjumlah RM5,000.

“Susulan kejadian itu, satu serbuan telah dilakukan ke atas sebuah rumah di Kampung Air Merok, Jedok, Tanah Merah dekat sini berpandukan kepada nombor pendaftaran kereta terbabit.

“Hasil siasatan yang dilakukan mendapati pemiliknya telah menjualkan kereta itu kepada adiknya sebelum dia bertolak ke Johor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

 

MUHAMMAD Zaki Harun (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Shuhaimi Jusoh semasa Program Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Muhamad Zaki memberitahu, bagaimanapun pemilik asal tidak mengetahui adiknya telah menjual kereta tersebut kepada orang lain tanpa sebarang urusan pindah milik.

Katanya, ekoran itu polis sedang giat memburu individu yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat , boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, untuk membantu siasatan.

“Kes di siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya