Lelaki cuba seludup 500 liter petrol ditahan

Lelaki cuba seludup 500 liter petrol ditahan

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa tong jerikin yang mengandungi petrol dipercayai untuk tujuan penyeludupan selepas menahan sebuah kereta di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan malam tadi-UTUSAN/IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 500 liter minyak petrol menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di Kampung Palekbang, di sini malam tadi.

Suspek berusia 30-an itu berjaya ditahan pada pukul 8.30 malam selepas anggota KPDN berjaya mengesan sebuah kereta jenis  Proton Iswara Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari Kota Bharu ke Kampung Palekbang.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menjumpai 500 liter petrol didalam beberapa tong jerikin.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut telah disuai tangki dipercayai untuk aktiviti penyeludupan.

“Nilai rampasan petrol itu dianggarkan berjumlah RM1,025. Pada masa sama, kita turut menyita kereta tersebut.

“Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan berkait dengan aktiviti berkenaan. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan akan terus melipat gandakan operasi dalam mencegah aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan subsidi negara.

Katanya, KPDN sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya