KUCHING: Keputusan kerajaan tidak membenarkan sekali lagi pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah langkah tepat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) yang juga pakar ekonomi, Datuk Dr. Madeline Berma berkata, jika dibenarkan, dibimbangi majoriti pencarum berpendapatan rendah akan jatuh miskin pada masa hadapan. “Bagi saya ia tidak wajar diberi kebenaran untuk pengeluaran tersebut dan ini kali keempat jika pengeluaran dibenarkan. “Majoriti pencarum berpendapatan rendah akan jatuh miskin selepas bersara kerana caruman mereka semakin berkurangan dan majoriti ini pula merupakan golongan bumiputera,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya