Kemajuan projek ERCL seluruh negara sudah capai 40 peratus

Kemajuan projek ERCL seluruh negara sudah capai 40 peratus

TANG Rui (dua kanan) memaklumkan perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada Mohd. Huzaimy Che Husin selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Belt dan Road Initiative Lawatan Ke Kelantan di tapak pembinaan projek tersebut di Mukim Padang Halban, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai kemajuan sebanyak 40 peratus.

Menteri Kedutaan China ke Malaysia Tang Rui berkata, melihat kepada situasi itu pihaknya percaya kerja-kerja pembinaan tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Saya cukup gembira melibat perkembangan projek ECRL ini. 

“Sektor A dan B dijangka akan siapa pada tahun 2026 manakala sektor C pula 2027,” katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Belt dan Road Initiative Lawatan Ke Kelantan di Tapak Pembinaan ERCL di Mukim Padang Halban di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Masyarakat dan Integriti Mohd. Huzaimy Che Husin yang mewakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Rui memberitahu, sebaik sahaja projek itu siap dan beroperasi ia akan mempercepatkan masa perjalanan Kelantan ke ibu kota.

Katanya, perjalanan menggunakan ERCL ini hanya mengambil masa selama empat jam berbanding enam hingga tujuh jam jika memandu.

Projek ECRL bakal beroperasi pada bulan Januari 2027 melibatkan jarak jajaran 665 kilometer (km) mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Manfaat itu boleh dilihat menerusi penyediaan 20 buah stesen yang menghubungkan bandar raya, bandar-bandar, taman-taman perindustrian dengan rel berkelajuan 160 km sejam.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya